Monday, December 9, 2013

pengurusan jenazah-tunaikan untuk orang tuamu

ASSALAMUALAIKUM WBT
Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Akhirnya selesai sudah aku mengikuti Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Biro Kerohanian Kolej Pendeta Za’aba, UKM. Kredit untuk roommate aku kerana mempromosikannya kat aku.
MATI.. Satu perkataan yang cukup ditakuti termasuk la aku. Sapa yang tak takut mati?? Lain la kisah hat nak bunuh diri tu. Bila kita sebab pasal mati, macam-macam yang terlintas di dalam kepala. Takut itu, takut ini.
Berbalik kepada perkara asal, semua orang akan mati. Kita jugak msti pernah menziarah orang yang meninggal samada ahli keluarga kita ataupun orang lain. Alangkah indahnya kalau kita boleh menguruskan jenazah orang tua kita sendiri. Pasti kita akan melakukannya dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut. Bukan aku nak kata orang yang uruskan hal ini melakukannya dengan sambil lewa, tapi mesti ibu bapa kita berasa bangga apabila jenazahnya diuruskan oleh anak-anaknya sendiri. Segala keaiban dan kecacatan dapat kita sembunyikan dari pengetahuan masyarakat luar. Sebab apa? Sebab kita sayangkan orang tua kita.

Berikut serba sedikit pengisian yang dapat dikongsi bersama.

MELAWAT ORANG SAKIT
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
“menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah fardhu (wajib) dan kemudian daripadanya sunat, tidak lebih dari 3 hari.”
Ketika melawat orang sakit, bacalah doa ini berulang kali:-


Adab-Adab Menziarahi Orang Sakit
1.     Hendaklah menzahirkan perasaan kasih sayang dan mahabbah. Wajah jelas bahawa kita kesian akan ahli keluarganya.
2.    Menasihati pesakit dan ahli keluarganya supaya bersabar.
3.    Bercakap dengan perkataan yang sopan serta bermanis mulut.
4.    Sunat mendoakan pesakit cepat sembuh dan panjang umur.
5.    Jangan mengunjungi pesakit terlampau lama.
6.    Jangan berkumpul terlalu ramai di hadapan pesakit bagi mengelakkan suasana rimas dan panas.

Tanda Pesakit Sedang Nazak.
1.     Telapak kaki lurus
2.    Hidungnya kelihatan jatuh dan berpeluh
3.    Sendi penggelangan tangan renggang
4.    Kening menjadi luas, mata melihat ke atas.
5.    Lidah menjadi kelu, tiada selera
6.    Tidak mengecam sahabat dan ahli keluarga (kabur penglihatan)
7.    Perubahan tabiat
8.    Terlalu dahaga (samada selalu mintak air nak minum atau rasa nak mandi)
9.    Meminta sesuatu yang pelik dan ganjil
10.  Nafas berombak

Apa yang perlu kita lakukan ketika seseorang itu sedang nazak??
1.     Beradalah di sisi mereka
2.    Sentiasa membaca syahadah di telinganya

3.    Membaca al-Quran atau Yassin
4.    Titiskan air ke mulutnya
5.    Membasahkan dada dan muka dengan air ( bacalah ayat 3 Qul)
6.    Pesakit hendaklah dibaringkan menghadap kiblat dan mengqiamkan tangannya

APABILA DISAHKAN KEMATIANNYA
1.     Hendaklah mengucapkan Innalillah
2.    Sapu matanya supaya pejam (jika tidak terpejam)
3.    Mengqiamkan tangan seperti didalam solat
4.    Sunat membaca
بِسمِ اللهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُولِ اللهِ
5.    Menyapu minyak yang bersih pada bahagian sendi-sendi supaya anggota badannya menjadi lembut.
6.    Rapatkan mulutnya
7.    Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya
8.    Meletakkan mayat di tempat yang tinggi seperti di atas katil
9.    Meletakkan benda berat (sekitar 400g) diatas perut bagi mengelakkan kembung
10.  Hadapkan kearah kiblat

MENGURUSKAN JENAZAH
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri. Jika warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

  1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.
  2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.
    Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.
  3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
  4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
  5. Urusan menggali kubur.
  6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
  7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
  8. Ucapan takziah.

MANDI JENAZAH
Memandikan jenazah merupakan syarat wajib jika jenazah itu muslim, didapati tubuhnya walaupun hanya sebahagian dan jenazah itu bukan mati syahid.
Persediaan Dan Keperluan Untuk Memandikan Jenazah
  1. Sediakan tempat mandi.
  2. Sabun mandi. 
  3. Air daun bidara.
  4. Air bersih.
  5. Sugi - 7 batang.
  6. Sarung tangan - 3 atau 5.
  7. Sedikit kapas.
  8. Air kapur barus.
  9. Baldi serta gayong.
Cara Memandikan Jenazah
1.     Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.
2.    Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
3.    orang yang hendak memandikan hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.
4.    Sediakan air sabun.
5.    Sediakan air kapur barus.
6.    Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
7.    Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.

8.    Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh auratnya.
9.    Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.
10.  Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
11.  Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
12.  Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :
13.  Jika jenazah itu lelaki:
‘sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala’
Jika jenazah tersebut wanita:
                       
                        ‘sahaja aku memandikan jenazah (wanita) kerana Allah Taala’
13.  Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
  1. Siram sebelah kanan 3 kali.
  2. Siram sebelah kiri 3 kali.
  3. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang. 
  1. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
  2. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
  3. Lepas itu siram dengan air kapur barus.
  4. Lepas itu wudukkan mayat.
Lafas niat mewudhukkan jenazah lelaki:
‘sahaja aku berniat mewudhukkan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala’
Jika jenazah tersebut wanita:
‘sahaja aku berniat mewudhukkan jenazah (wanita) kerana Allah Taala’

 Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.
  1. Siram dengan air sembilan.
  2. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
  3. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.
  4. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.
  5. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).
  6. Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.
MENGKAFANI JENAZAH
Sebelum kita nak memandikan jenazah, kita perlu menyediakan peralatan untuk mengkafani jenazah.
Persediaan Dan Keperluan Untuk Mengkafan Jenazah

1.     Kain putih (bidang 60) -20m bagi dewasa
2.    Gunting
3.    Kapas
4.    Serbuk cendana
5.    Air mawar
6.    Kapur barus
7.    Minyak wangi (minyak Atar)
8.    Tikar
9.    Bantal

Cara-cara Mengkafankan Jenazah
1.     Hendaklah disediakan 3 lembar kain kafan, dibentang dan disusun. Setiap lembar disapu dengan wangi-wangian yang tidak mengandungi alcohol

2.    Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak 3 utas bagi kanak-kanak dan 5 utas bagi orang dewasa. Letakkan dibawah kain kafan tersebut.
3.    Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangian dan serbuk kayu cendana untuk menutup kemaluan, wajah (muka), kedua buah dada, kedua telinga, kedua siku dan tumit.
4.    Angkatlah jenazah tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kapan yang sudah dibentang.
5.    Tutup jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian2 yang telah disebut.
6.    Hendaklah kain kafan tersebut menutup tubuh jenazah kemudian ikatlah dengan tali yang telah disediakan. Semua tali disimpul hidup di sebelah kiri.
Sebelum ikat dibahagian kepala, panggil lah waris untuk melihat atau menciumnya.
     Menulis khalimah ALLAH dan Muhammad di dahi si mati.

SOLAT JENAZAH
Dalam mengerjakan solat jenazah, perkara paling utama dituntut ialah mengerjakan secara berjemaah dan harus dijadika 3 saf, sekurang-kurangnya satu saf dua orang. Hukum melaksanakan solat jenazah adalah Fardhu Kifayah.

Cara-cara Mengerjakan Solat Jenazah

1.     Jenazah lelaki: imam hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah.
Jenazah perempuan: imam hendaklah berdiri searah denganlambung atau bahagian tengah jenazah.
2.    Berdiri dan mengangkat 4x takbir tanpa rukuk dan sujud, tidak perlu azan dan iqamat. Rukun solat jenazah ialah
1.     Niat mendirikan solat jenazah
a.    Lafas niat Imam (jenazah lelaki)
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi Imam kerana Allah Taala"

b.    Lafas niat imam (jenazah wanita)
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi Imam kerana Allah Taala"

c.    Lafas niat makmum (jenazah lelaki)
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi makmum kerana Allah Taala"

d.    Lafas niat makmum (jenazah wanita)
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi makmum kerana Allah Taala"

2.    Berdiri bagi yang berkuasa (mampu berdiri)
3.    Bertakbir 4x
a.    Takbir pertama
·         Membaca al-Fatihah
·        
b.    Takbir kedua

·         Membaca selawat keatas nabi Muhammad SAW

c
                        
                     c. takbir ketiga - berdoa untuk memohon keampunan pada si mati

                              d. takbir yang keempat- hendaklah membaca doa seperti di bawah
·      أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

4.     Memberi Salam: memalingkan kepala ke kanan dan kiri sambil membaca
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
3.    
Sesudah member salam, bacalah surah ini:
1.             Surah Al-Ikhlas 3 kali.
2.            Surah Al-Falaq 1 kali.
3.            Surah An-Nas 1 kali.
4.            Surah Al-Fatihah 1 kali.
5.            Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
6.            Ayat Kursi 1 kali.


KESIMPULAN
Setakat inilah perkongsian kita. Wallahuta'ala a'lam. Diharapkan kita kita mampu menguruskan jenazah ahli keluarga sendiri. Insya-Allah, setidak-tidaknya ada juga niat kat dalam hati kita nak berbakti kepada mereka.


ZAHRA
KOLEJ PENDETA ZA’ABA
UKM, BANGI

5.37 PM

No comments:

Post a Comment