Saturday, March 8, 2014

Pohonlah Cinta dari Sang Pemilik Hati. Pemilik Cinta diatas Segala Cinta


ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Pada malam ni aku tergerak untuk meng’update’ blog aku. Dari tengah hari roommate aku suruh aku dengaq satu lagu. ‘TUHAN BERIKAN AKU CINTA’. Sebuah tajuk yang susah hendak dipisahkan dengan golongan muda remaja seperti aku. Tambahan lagi sebagai seorang mahasiswa di ipta.

Siapa yang tak suka bila berbicara tentang cinta??




Cinta itu satu perasaan atau pemberian oleh Allah kepada kita selaku hamba-Nya. Tiada siapa yang tidak merasai cinta. Cuma mungkin berbeza cara dan sasaran cintanya.

Sebagai gadis yang pernah merasai pengalaman bercinta (coulpe), aku tahu apa itu cinta. Seperti yang pernah dikatakan oleh ustazah Fatimah Syarha, ia merupakan lakonan. Cukup sekali aku melangkah. In-sha Allah. Biarlah langkah yang seterusnya bermula setelah akad dilafaskan oleh si dia yang bergelar suami.

 
“namun ada sahaja cobaan hidup
Seakan aku hina”..

Itu antara bait yang terdapat di dalam lirik tersebut. Bagi aku, cubaan yang dihadapi bukan kerana kehinaan tetapi kerana kemuliaan. Allah telah melindunginya dari sesuatu yang belum halal kerana masanya belum tiba. Sebaliknya aku yang terasa hina kerana telah gagal dalam ujian hidup.

Bukan ingin aku katakana bahawa yang bercouple itu hina. TIDAK! Sebagai seorang yang pernah berada dalam situasi tersebut, aku berasa tidak layak untuk judge orang lain. Ia hanya merupakan pandangan peribadi.

Aku rasa hina kerana cinta yang aku lalui merupakan cinta yang palsu. Aku hilang altitude aku. Aku seolah2 zahra yang lain. J itulah hakikatnya apa yang aku rasakan. Ibarat 2 individu yan berbeza.

Bagi aku, jika kamu belum pernah merasai cinta (couple), bersyukurlah! Allah sayangkan kamu. Allah pelihara kamu. Yakinlah pada takdir Allah. Yakinlah pada kekuasaanNya. In-sha Allah, jodohmu akan tiba pada masa yang tepat.





cinta,
satu kata yang ringkas
tetapi mampu membawa seribu satu makna..
maknanya yang berbeza untuk setiap individu.

Jodoh…
Siapa kita untuk mengetahui rahsia Tuhan Sang Pemilik Cinta.
Cuma yakinlah, percayalah,
Dia telah menetapkan yang terbaik untukmu

Cuma jangan ditanya..
Siapa…. Bila…. Dan dimana temunya kamu..
Kerana rahsia itu manis..
Rahsia membuatkanmu rasa begitu dekat pada-Nya..

Jangan kamu ragui aturan-Nya,
Jangan kamu persoalkan mengapa,
Jangan kamu mengeluh!
Nantikan tibanya saat itu dengan sabar,
Nescaya kamu akan merasakan kemanisan cinta…

Kamu merancang untuk menyintai,
Kamu berharap untuk dicintai,
Allah berikan kepadamu kedua-duanya,
Mencintai dan dicintai….

Bukankah ia sesuatu yang indah untuk dikenang??
Bukankah ianya sesuatu yang sangat bernilai
Bukanlah Dia adalah sebaik-baik perancang??
Ya..
Dial ah sebaik2 perancang,
Kerana…

Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Ahad, 12.52 am
Kolej Pendeta Za'ba
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

No comments:

Post a Comment