Thursday, November 6, 2014

think posotive

Aku pelajar aliran agama. 7 tahun aku bersekolah di sekolah agama berasrama. Namun penguasaanku dalam bahasa Arab masih berada dalam takuk yang lama. Sama. Tiada perubahan. Jika berubah, mungkin meningkat sedikit dari dahulu.

Sekarang aku menyambung pelajaranku di salah sebuah universiti yang hebat di Malaysia. Juga dalam aliran agama yang mana tidak boleh dipisahkan dengan bahasa Arab. Memang memalukan apabila ada pelajar seperti aku yang seolah-olah kosong dalam bahasa Arab. Termengu apabila dilontarkan soalan, menanti kawan untuk membantu aku dalam mencari jawapan.

Pelik kan apabila pelajar yang sudah 7 tahun dalam aliran agama tetapi penguasaan bahasa Arab tersangatlah lemah. Macam lembab sangat je kan. Selalu kena dengan kakak, “hang belajaq Arab ka dak ni? Teghok sangat aih keputusan peksa hang?” Tapi itulah hakikatnya. Aku bukan sahaja lemah dalam bahasa Arab tetapi turut lemah dalam bahasa Inggeris. Senang cerita, aku lemah subjek bahasa. Ayat bahasa Melayu pon tak bombastic langsung.
Aku melangkah masuk ke universiti dengan result STPM. 5 subjek termasuk b. Arab. 4 subjek yang dinilai bukanlah b.Arab tetapi ekonomi. Aku langsung tak terkejut dengan result tapi aku membuat keputusan yang mengejutkan guru ekonomi aku. Aku mengambil keputusan untuk sambung dalam bidang agama walaupun aku tahu b.Arab akan membataskan proses pemahaman aku.

Kenapa?

Itu soalan yang lazim ditanya. Setiap kali ditanya, setiap kali tu lah aku akan senyum. Aku pon tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku memang belajar di sekolah agama and that is why I further my study in Islamic Studies. MUNGKIN..


Kita hanya merancang namun Allah juga yang menentukan. I know He is the best planner. Mungkin aku tak fasih b.Arab dan b.Inggeris seperti kawan2ku yang lain, tapi mesti ada bahagian aku yang Allah simpan dalam bidang ini. Pasti ada sesuatu yang Allah nak aku cari dalam bidang ni. Tak mahir bahasa bukan bermaksud dia tak boleh belajar agama kan.  Tak mahir bahasa bukan bermakna dia gagal dalam mencari ilmu kan.. yang penting think positive. He did not burden you with something that you can’t endure. . ^-^

Saturday, March 8, 2014

Pohonlah Cinta dari Sang Pemilik Hati. Pemilik Cinta diatas Segala Cinta


ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Pada malam ni aku tergerak untuk meng’update’ blog aku. Dari tengah hari roommate aku suruh aku dengaq satu lagu. ‘TUHAN BERIKAN AKU CINTA’. Sebuah tajuk yang susah hendak dipisahkan dengan golongan muda remaja seperti aku. Tambahan lagi sebagai seorang mahasiswa di ipta.

Siapa yang tak suka bila berbicara tentang cinta??




Cinta itu satu perasaan atau pemberian oleh Allah kepada kita selaku hamba-Nya. Tiada siapa yang tidak merasai cinta. Cuma mungkin berbeza cara dan sasaran cintanya.

Sebagai gadis yang pernah merasai pengalaman bercinta (coulpe), aku tahu apa itu cinta. Seperti yang pernah dikatakan oleh ustazah Fatimah Syarha, ia merupakan lakonan. Cukup sekali aku melangkah. In-sha Allah. Biarlah langkah yang seterusnya bermula setelah akad dilafaskan oleh si dia yang bergelar suami.

 
“namun ada sahaja cobaan hidup
Seakan aku hina”..

Itu antara bait yang terdapat di dalam lirik tersebut. Bagi aku, cubaan yang dihadapi bukan kerana kehinaan tetapi kerana kemuliaan. Allah telah melindunginya dari sesuatu yang belum halal kerana masanya belum tiba. Sebaliknya aku yang terasa hina kerana telah gagal dalam ujian hidup.

Bukan ingin aku katakana bahawa yang bercouple itu hina. TIDAK! Sebagai seorang yang pernah berada dalam situasi tersebut, aku berasa tidak layak untuk judge orang lain. Ia hanya merupakan pandangan peribadi.

Aku rasa hina kerana cinta yang aku lalui merupakan cinta yang palsu. Aku hilang altitude aku. Aku seolah2 zahra yang lain. J itulah hakikatnya apa yang aku rasakan. Ibarat 2 individu yan berbeza.

Bagi aku, jika kamu belum pernah merasai cinta (couple), bersyukurlah! Allah sayangkan kamu. Allah pelihara kamu. Yakinlah pada takdir Allah. Yakinlah pada kekuasaanNya. In-sha Allah, jodohmu akan tiba pada masa yang tepat.





cinta,
satu kata yang ringkas
tetapi mampu membawa seribu satu makna..
maknanya yang berbeza untuk setiap individu.

Jodoh…
Siapa kita untuk mengetahui rahsia Tuhan Sang Pemilik Cinta.
Cuma yakinlah, percayalah,
Dia telah menetapkan yang terbaik untukmu

Cuma jangan ditanya..
Siapa…. Bila…. Dan dimana temunya kamu..
Kerana rahsia itu manis..
Rahsia membuatkanmu rasa begitu dekat pada-Nya..

Jangan kamu ragui aturan-Nya,
Jangan kamu persoalkan mengapa,
Jangan kamu mengeluh!
Nantikan tibanya saat itu dengan sabar,
Nescaya kamu akan merasakan kemanisan cinta…

Kamu merancang untuk menyintai,
Kamu berharap untuk dicintai,
Allah berikan kepadamu kedua-duanya,
Mencintai dan dicintai….

Bukankah ia sesuatu yang indah untuk dikenang??
Bukankah ianya sesuatu yang sangat bernilai
Bukanlah Dia adalah sebaik-baik perancang??
Ya..
Dial ah sebaik2 perancang,
Kerana…

Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Ahad, 12.52 am
Kolej Pendeta Za'ba
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Wednesday, January 15, 2014

hukum?? adakah semudah abc?

ASSALAMUALIKUM W.B.T

SEBENARNYA DAH LAMA AKU INGIN KATAKAN DISINI.. BELAJAQ DALAM BIDANG AGAMA BUKANLAH SESUATU YANG MUDAH SEPERTI YANG DIJANGKA.. BUKANLAH SEKADAR MENGETAHUI ASAS-ASAS SOLAT. BUKAN JUGA SEKADAR CUKUP TAHU 5 RUKUN ISLAM DAN 6 RUKUN IMAN AND JUST IT.  ACTUALY IT’S MORE THEN THAT.

“PERCAYA ATAU TIDAK JIKA SAYA KATA USTAZ-USTAZ DAN USTAZAH NI SESAT DAN MENYESATKAN?? SAYA SEDIH BILA MEREKA BUKAN SAHAJA SESAT TETAPI TURUT MENGAJAR PERKARA YANG SALAH KEPADA MAHASISWA/WI.. “ IA MERUPAKAN KATA-KATA SESEORANG YANG BERAUTORITI. AKU HANYA MAMPU MEMANDANG ROOMATE AKU DENGAN PANDANGAN YANG HANYA DAPAT DIFAHAMI OLEH KAMI.

KADANG-KADANG AKU MACAM HAMPIR KETAWA, DAN JUGA HAMPIR MENANGIS APABILA GOLONGAN YANG BER’AUTORITI’ DALAM BIDANG EKONOMI, SOSOAL OR WHATEVER BERCAKAP MENGENAI HUKUM. BUKAN NAK KATA MEREKA INI JAHIL DAN PELAJAR YANG BERADA DI ALIRAN ISLAMIC STUDIES IS THE BEST, CUMA BAK KATA ORANG DULU2, KALAU KITA TAK TAHU, LEBIH BAIK DIAM DARI MENAMPAKKAN KEBODOHAN.
KADANG-KADANG KITA SUKA MENGANGGAP ISLAM INI MUDAH.

SEBENARNYA ISLAM ITU MEMUDAHKAN. IA SATU PERKATAAN YANG MAMBAWA MAKSUD YANG BERBEZA. PERSOALAN YANG TIMBUL, ADAKAH PENGGUNAAN WANG KERTAS DIANGGAP MELANGGAR SUNNAH HANYA KERANA ZAMAN NABI TIADA PENGGUNAAN WANG FIYAD?? BENARKAH PENGGUNAAN WANG KERTAS DIANGGAP SEBAGAI HARAM KERANA IA DIKATAKAN MENGANDUNGI UNSUR RIBA APABILA KITA BERUPAYA UNTUK MENETAPKAN SESUATU NILAI PADA SEHELAI KERTAS??

SATU PESOALAN YANG SANGAT BESAR JIKA DIKAJI.  JIKA YA, MENGAPA TIADA PIHAK YANG BERWAJIB MNGAMBIL TINDAKKAN?? JIKA BENAR, MENGAPA ULAMA  BERTARAF DUNIA TIDAK MENFATWAKAN PENGGUNAAN WANG KERTAS ADALAH HARAM? JIKA YA, MENGAPA KITA SEBAGAI NEGARA ISLAM TIDAK MAMPU MENYUARAKAN PANDANGAN KITA BAHAWA KITA MENOLAKNYA?? ADAKAH KERANA MEREKA TAKUT? ADAKAH KERANA KITA GERUN?? SUDAH TENTU TIDAK! JADI MENGAPA TIADA ULAMA YANG MENFATWAKAN PENGGUNAAN WANG KERTAS ADALAH HARAM??

ULAMA CERDIK PANDAI TIDAK MAMPU MENGELUARKAN FATWA BUKAN KERANA TAKUT, BUKAN KERANA MEREKA TIDAK MAMPU TETAPI KERANA IA MERUPAKAN SATU PERBINCANGAN ILMIAH YANG BERSIFAT UNIVERSAL. IA SATU BIDANG ILMU YANG TERSANGAT LUAS. PERLUKAN PENGKAJIAN DAN PENILAIAN. BUKAN SEKADAR MENGGUNAKAN DALIL AKAL YANG TERBATAS ATAU BERHUJAH MENGIKUT HAWA NAFSU YANG KADANG-KALA AKAN MEMESONGKAN KITA.

BAGI YANG MENDALAMI ISLAMIC STUDIES PASTI TAHU BAGAIMANA SESUATU HUKUMITU DIKELUARKAN DAN DITENTUKAN. IA BUKAN SEKADAR “OO INI TAK OK, HARAM!” NO!! SALAH.. ADA KAEDAH YANG AKAN DIGUNAPAKAI. MENCARI ILLAHNYA, KESANNYA DAN HUKUM YANG TERDAPAT YANG MUNGKIN BERSESUAIAN.. ADA KAEDAH YANG DIGUNAKAN. ADAKAH KERANA NIAT? ATAU MUNGKIN KERANA MENOLAK KEMUDHARATAN YANG SEDIKIT ATAU MUNGKIN LAIN-LAIN YANG KITA TAK TAHU.

KALAUPUN BERLAKU PERSELISIHAN PENDAPAT, CUBALAH BERSIKAP MERAIKAN PENDAPAT. SETIAP ORANG ADA PENDAPAT MEREKA TERSENDIRI. KITA DENGAR HUJAH MEREKA DAN BUAT PENILAIAN. BUKANNYA TERUS MENGHUKUM DIA SALAH DAN AKU BETUL. TOLONG LA.. MELETAKKAN HUKUM BUKAN SEMUDAH ABC OR 123.. IA MELIBATKAN HUKUM. MENGHALALKAN YANG HARAM DAN MENGHARAMKAN YANG HALAL ADALAH TANDA SESEORANG ITU MEMPERSENDAKAN AGAMA. INI YANG CUBA KITA ELAKKAN.


JIKA KAMU TAHU, SAMPAIKANLAH. JIKA TIDAK MENGETAHUI MAKA BERTANYALAH. JIKA ENGGAN, DIAM ITU LEBIH BAIK BAGI KAMU DARI KAMU BERKATA SESUATU YANG BUKAN BIDANG KAMU (JAHIL). BERAMALLAH DENGAN SIKAP MERAIKAN PENDAPAT. TAK RUGI PON. J