KURSUS
TUTORIAL AQIDAH ISLAM
TAJUK
KURSUS
ALIRAN PEMIKIRAN SUFASTAIYYAH: DARI PERSPEKTIF BARAT
DAN ISLAM
NAMA
PENSYARAH
DR. AHMAD YUNUS BIN MOHD NOOR
HASIL KERJA
ZAHARATUL FATIMAH BINTI ABD RAHMAN A144879
NOOR FARHANA BINTI MOHAMED NOH A14487
PUSAT PENGAJIAN
JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.
|
PENDAHULUAN
1.1
DEFINISI
1.2
PENGENALAN
|
4
4
4
|
2
|
SEJARAH
PERKEMBANGAN SUFASTAIYAH
2.1
LATAR
BELAKANG ALIRAN SUFASTAIYAH
2.2
FASA PERTAMA
2.2.1
SUFASTAIYAH
DAN DEMOKRASI
2.2.2
SUFASTAIYAH
DAN PENDIDIKAN
2.3
FASA
KEDUA
2.3.1
SUFASTAIYAH
DAN POLITIK
2.3.2
SUFASTAIYAH
DAN PENDIDIKAN TINGGI
2.4 KESIMPULAN
|
6
6
7
7
9
10
10
10
11
|
3
|
KONSEP ALIRAN
PEMIKIRAN SUFASTAIYAH
3.1 XENOPHANES
3.2 HERACLITUS
3.3 PRATAGORAS
3.4 GORGIAS
3.5 KESIMPULAN
|
12
12
12
13
14
14
|
4
|
PANDANGAN
ULAMA DAN SARJANA TERHADAP ISU SUFASTAIYAH
4.1 PENDAPAT SARJANA BARAT
4.1.1
SOCRATES
4.1.2
PLATO
4.1.3
ARISTOTLE
4.2 PENDAPAT ULAMA DAN SARJANA ISLAM
4.2.1 PANDANGAN YANG MENOLAK
4.2.2 PANDANAGN YANG MENERIMA
4.3 KESIMPULAN
|
15
15
15
15
16
16
17
18
19
|
5
|
HUJAH TOKOH
FALSAFAH ISLAM TERHADAP ALIRAN SUFASTAIYYAH
5.1 HAKIKAT KETUHANAN
5.2 SIFAT QADIM
5.3 KUASA MUTLAK MANUSIA
5.4 KONSEP ILMU
5.5 KESIMPULAN
|
20
20
21
21
22
23
|
6
|
IMPLIKASI DAN
PENGARUH ALIRAN SUFASTAIYAH DALAM MASYARAKAT KINI
6.1 KESAN TERHADAP ILMU
6.2 KESAN TERHADAP MORAL
6.3 KESAN TERHADAP AGAMA
6.4 KESAN TERHADAP MASYARAKAT
6.5 KESIMPULAN
|
23
23
24
24
24
25
|
7
|
KESIMPULAN
|
26
|
8
|
RUJUKAN
|
27
|
ALIRAN PEMIKIRAN SUFASTAIYYAH: DARI PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM
ZAHARATUL FATIMAH BT AB RAHMAN
A144879
NOOR FARHANA BT MOHAMED NOH
A144872
Abstrak: Dalam era globalisasi ini, muncul pelbagai isme atau
ideologi moden yang cuba meresap masuk ke dalam minda dan pemikiran manusia.
Tujuannya bagi megetengahkan idealisme yang dibawa agar diangkat menjadi suatu
polisi dan dasar baru yang diterima pakai oleh semua manusia. Aliran Sufastaiyyah
yang bermula sejak dari zaman Yunani kuno lagi sudah mula berkembang masuk ke
dalam pemikiran manusia kini. Aliran ini pada dasarnya membawa kesan yang
fositif pada sesetengah perkara tetapi ia mendatangkan kesan yang sangat
negatif dalam aspek pegangan akidah umat Islam, moral dan akhlak juga dari
sudut keilmuan. Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti konsep pemikiran yang
dibawa serta mengkaji pandangan ilmuwan islam dalam menangkis aliran pemikiran
ini dari terus diamalkan. Kajian dan penelitian yang dilakukan berpandukan
sumber yang berautoriti seperti bahan ilmiah, jurnal serta kertas penyelidikan
ahli akademik. Kesimpulanya, manusia moden kini berdepan dengan suatu krisis
apabila berhadapan dengan konsep relative dan sujektivisme yang dibawa aliran pemikiran
ini kerana bertentangan dengan Islam yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah
sebagai sumber kebenaran yang utama dan manusia sebagai pelaksana tuntutan
syariaat Islam.
Kata kunci : Subjektivisme, akidah, relatif, ilmu, moral.
1.PENDAHULUAN
1.1 Definisi
Sufastaiyyah adalah perkataan Bahasa Arab yang berasal daripada
perkataan Yunani iaitu Sophia yang bermaksud orang yang cerdik pandai. Di dalam
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat perkataan Sofis dari segi bahasa
ialah orang yang bijak menggunakan hujah yang menarik dan meyakinkan tetapi
palsu dengan tujuan untuk menipu atau memperdayakan seseorang (DBP:2008). Dalam
kamus bahasa inggeris terbitan Oxford Fajar edisi ke-5,Sofis pula bermaksud
seseorang yang berhujah menggunakan kaedah yang licik. (Joyce M.
Hawkins:2011:428).
Manakala definisi Sofis dari sudut istilah diterjemahkan sebagai
ahli pergerakan pendidikan di Kota Greek
pada separuh abad kedua tahun 400 S.M. Pada waktu itu, Sofis merujuk
kepada guru yang berpindah randah sambil mengajar tatabahasa dan pidato umum
iaitu perkara yang penting dalam demokrasi zaman kuno seperti di Athens[1] .
Mereka tidak berminat dalam bidang pemikiran falsafah tentang sifat fizikal
alam semesta dan mengkritik amalan moral dan agama yang menjadi kelaziman serta
kebaikan sebagai kejayaan di dunia (ensiklopedia).
1.2 Pengenalan
Menurut Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, dalam penelitiannya terhadap rujukan
berkaitan sufastaiyyah, beliau mendapati bahawa para ilmuan membahagikan para
sofis ke dalam tiga kelompok. Kelompok pertama disebut dengan kelompok al-la
adriyyah atau gnostik, kerana golongan ini selalu mengatakan tidak tahu atau
selalu ragu-ragu tentang keberadaan sesuatu sehingga menolak kemungkinan
seseorang akan meraih ilmu pengetahuan. Orang yang seperti ini, bukan sahaja
sentiasa meragui akan ilmu pengetahuannya, malah turut meragui pada setiap
perkara (Wan Mohd Nor Wan Daud:2013).
Kelompok yang kedua pula ialah kelompok al-indiyyah, iaitu mereka
yang selalu bersikap subjektif. Kelompok ini menerima segala kemungkinan ilmu
pengetahuan dan kebenaran, tetapi mereka menolak tujuan ilmu pengetahuan dan
kebenaran tersebut. Bagi mereka, tujuan ilmu pengetahuan dan kebenaran adalah
subjektif, bergantung pada pendapat masing-masing dan tidak boleh ditetapkan.
(ibid:2013).
Kelompok yang ketiga ialah
kelompok al-inadiyyah, iaitu mereka yang keras kepala, hanya beranggapan bahawa
tiada ilmu atau pengetahuan yang telah ditetapkan, menafikan segala sesuatu
yang realiti dan menganggapnya sebagai fantasi (auham) atau khayalan
semata-mata. Kelompok terakhir ini lebih mirip dengan kelompok kedua. (ibid:2013).
Golongan sufastaiyyah ini
tidak mempercayai konsep iman yang diamalkan oleh orang Islam kerana ia
beranggapan bahawa iman suatu yang tidak dapat dilihat sedangkan mereka menilai
sesuatu yang mampu dilihat dan difikirkan. Aliran yang disebut Sofis bukan
merupakan suatu mazhab, yang dapat dibandingkan dengan mazhab Elea umpamanya.
Bertentangan dengan suatu mazhab, para Sofis tidak mempunyai ajaran bersama.
Sebaiknya Sofis dipandang sebagai suatu aliran atau pergerakan dalam bidang
intelektual yang disebabkan oleh beberapa faktor yang timbul dalam zaman itu. (Syadali,
Ahmad dan Mudzakir:1999). Berdasarkan kepada hujah dan pengenalan yang
dikemukakan, maka dapatlah disimpulkan bahawa Sufastaiyyah atau Sofisme
bukanlah suatu pegangan mazhab tetapi suatu aliran gerakan dalam bidang
intelek. (Harun Hadiwijono:1980).
2. SEJARAH PERKEMBANGAN SUFASTAIYAH
2.1 Latar Belakang Aliran Sufastaiyyah (Sofis)
Aliran Sufastaiyyah atau Sofisme wujud seiring dengan kemajuan dan
perubahan yang berlaku di kota Athens. Selepas Perang Parsi berakhir pada tahun
449 S.M. kota Athens mula berkembang pesat terutamanya dalam bidang politik dan
ekonomi di bawah pimpinan Pericles[2] .
Kota Athens menjadi tumpuan masyarakat seluruh dunia dalam bidang falsafah dan
ilmu pengetahuan. Hal ini, telah menyebabkan aliran Sofisme mula menular dalam
kalangan ahli falsafah dan para cendikiawan Yunani. Mereka menggunakan
kepakaran dan kemahiran ilmu yang dimiliki untuk kepentingan peribadi semata
dengan mengenakan bayaran upah terhadap ilmu yang disampaikan. Kecenderungan
mereka dalam mengajar beberapa disiplin ilmu hanya berlandaskan kepada
keuntungan dengan hanya memfokuskan kepada ilmu-ilmu yang bersifat komersil
sahaja.
Kejujuran dalam menyampaikan ilmu hilang kerana mereka berpegang
kepada keuntungan dan adakalanya kebenaran dan kesahihan sesuatu perkara itu
bukan menjadi persoalan utama oleh mereka yang mengikuti aliran Sofisme. Aliran
Sofisme telah mendapat kritikan yang hebat daripada tokoh falsafah seperti
Socrates[3] ,
Plato[4] ,
Aristotle[5] yang tidak sependapat dengan mereka. Namun
tokoh aliran Sofisme ini telah menyumbang kepada beberapa disiplin ilmu
antaranya Pratogoras[6] dan Gorgias[7] dalam bidang retorik dan politik, Prodicus[8] dalam bidang bahasa dan etimologi serta
Hippias[9] dalam bidang sejarah, matematik, dan fizik.
Bertepatan dengan kota Athens yang muncul sebagai pusat kebudayaan dan memiliki
sistem politik yang tersusun serta negara kota Polis yang mengamalkan bentuk
pemerintahan demokrasi maka perkembangan ilmu pengetahuan menjadi sesuatu yang
sangat penting dalam masyarakat di Athens. Oleh kerana itu, ahli Sofis yang
terdiri dari para intelektual Yunani mula menggerakkan aliran Sofisme ini yang
nyata asas pegangan mereka adalah keuntungan dan konsep Humanisme[10] dan Relativisme[11] juga turut sama digunapakai di dalam aliran
Sufastaiyyah atau Sofisme ini. Perkembangan Sufastaiyyah atau Sofis ini boleh
diklasifikasikan kepada dua fasa iaitu fasa pertama dan fasa kedua.
2.2 Fasa Pertama
2.2.1 Sufastaiyah ( Sofis )
Dan Demokrasi
Kemunculan Sufastaiyah atau Sofis ini bermula pada tahun ke-5
sebelum masihi. Sufastaiyah pada fasa
yang pertama mengajar kaum lelaki khususnya mengenai kehidupan harian dan
mereka diajar mengenai cara dan kaedah untuk berdebat melalui seni retorik yang betul.(Wikipedia). Seni pujukan
merupakan perkara asas dan yang paling penting jika seseorang itu berkehendak
atau menginginkan kehidupan yang berjaya. Pada abad ke-5 tersebut, bagi
penduduk Athens yang terdiri dari golongan biasa merasakan bahawa retorik[12]
sosial merupakan peringkat yang terpenting.(Ibid) Walaupun retorik ini berbeza,
namun teknik Sufastaiyah ini diakui dan diterimapakai sebagai sesuatu yang
sangat berguna kepada mana-mana golongan, terutamanya golongan bangsawan untuk
mencari atau memohon jawatan sebagai penjawat awam. Semua golongan masyarakat
Sufastaiyah ini mempunyai peranan tersendiri dan setiap tindakan mereka akan
memberi kesan dalam politik Athens. Konteks sejarah memberikan bukti bagi
pengaruh yang agak besar mereka, Athens menjadi lebih dan lebih demokratik
dalam tempoh di mana Sofis adalah yang paling aktif. (Blackwell,
Christopher:2003).
Tidak dinafikan
sama sekali bahawa demokrasi[13] telah pun wujud dan berkembang di Athens
sebelum wujudnya fahaman Sufastaiyah di sana. Secara kasarnya, dengan pasti
dikatakan bahawa golongan Sufastaiyah atau Sofis ini tidak bertanggungjawab
langsung dalam kemunculan demokrasi di Athens tetapi kita juga tidak boleh
menyangkal bahawa golongan ini tetap memberi kesannya yang
tersendiri.(Wikipedia). Sumbangan budaya dan psikologi[14]
mereka sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhannya. Mereka
telah menyumbang kepada kemunculan demokrasi baharu dan sebahagiannya terus
menyokong dan mendukung kepakaran yang di miliki dalam perbincangan awam. Hal
ini kerana ia merupakan asas dalam membuat sesuatu keputusan samada keputusan
yang bakal diambil itu membenarkannya secara total atau mungkin ia memerlukan
toleransi[15],
atau mendengar pendapat daripada orang lain yang mungkin berbeza pandangan dan
pendapat.
Perbezaan yang terjadi mengakibatkan lahirnya sikap liberal secara
semulajadi yang dikenali sebagai Sufastaiyyah. (Rosamond Kent). Latihan retorik
yang di praktiskan secara berterusan memberikan rakyat Athens satu kelebihan
iaitu keupayaan untuk mencipta akaun kemungkinan (andaian) melalui sebuah pengucapan
yang meyakinkan. (Jarratt, Susan C ). Situasi atau keadaan ini amat penting
untuk sesebuah demokrasi, kerana ia mampu memberikan pandangan yang berbeza dan
kadang kala pandangan tersebut mampu menarik minat masyarakat dan akan
dibahaskan dalam perhimpunan Athens. Di samping itu, kemunculan Sufastaiyah
memberikan kesan yang besar kepada pembangunan awal undang-undang. Sofis adalah
peguam yang pertama muncul di dunia dan status mereka sebagai peguam adalah
hasil daripada kemahiran hujah mereka yang padat dan maju (Martin
Richard:1988). Fakta dalam konteks sejarah juga menunjukan bahawa pengaruh yang
diberikan oleh masyarakatnya menyebabkan Athens lahir sebagai sebuah negara
bersifat lebih demokratik[16] terutamanya pada zaman kegemilangan Sufastaiyah.
(Blackwell, Christoper: 2003).
2.2.2 Sufastaiyah Dan Pendidikan
Selain daripada memberi kesan kepada demokrasi di Athens, kelahiran
golongan pemikiran Sufastaiyyah ini turut memberi kesan dalam pendidikan. Pada
awal kemunculannya, para ilmuan dan ahli falsafah mereka amat mementingkan
aspek pendidikan terhadap semua golongan tanpa mengira darjat, pangkat dan
kerjaya. Mereka meletakan ilmu pada tingkat yang tinggi dan ia merupakan
perkara yang sangat penting. Kehormatan mereka terhadap ilmu dan sikap mereka yang mementingkan ilmu pengetahuan
dapat dilihat apabila mereka menekankan ilmu pengetahuan sehingga para petani
juga ditekankan untuk memiliki ilmu walaupun sedikit. Golongan Sofis ini yakin
dan percaya bahawa ia merupakan asas untuk seseorang itu menggapai
kecemerlangan. Disebabkan sikap mereka yang menekankan ilmu menyebabkan mereka
member pendidikan yang percuma kepada setiap golongan rakyat. Kesan daripada
itu, golongan rakyat di Athens adalah antara rakyat yang cerdik pandai ketika
itu sehingga seorang petani atau nelayan mampu berhujah dan memberikan
pandangan dan pendapat mereka dalam sesuatu perkara.
Namun, keadaan ini hanya bertahan untuk seketika sahaja. Mereka
mula mengubah cara dan sistem pengajaran mereka. Jika sebelum ini mereka
menekankan pendidikan dengan memberi pendidikan secara percuma untuk semua
golongan, pada masa itu, mereka mula meletakkan bayaran untuk setiap ilmu yang
di sumbangkan. (David Bradshaw:1998)Bagi mereka, setiap ilmu itu mempunyai
nilai yang sangat tinggi dan ia tidak boleh diberikan secara percuma. Jika
rakyat di Athens mahukan ilmu mereka, mereka harus membeli ilmu tersebut iaitu
dengan meletakkan bayaran kepada setiap sesi pengajian yang
diberikan.(Wikipedia). Sumbangan atau lebih tepatnya bayaran yang berbentuk wang
ini menyebabkan golongan bawahan tidak dapat menuntut ilmu. Mereka tidak mampu
untuk membayar setiap ilmu yang diinginkan berikutan kerjaya mereka sebagai
petani, buruh, dan nelayan yang hanya berpendapatan kecil. Wang yang diperolehi
digunakan untuk keperluan yang lebih utama seperti untuk membeli makanan. Hal ini
secara tidak langsung meletakan satu banteng pemisah antara golongan
bangsawan dengan golongan bawahan. Ilmu pada masa itu seolah-olah dikhaskan
hanya untuk golongan bangsawan sahaja kerana hanya golongan bangsawan yang
mampu membayar setiap yuran yang dikenakan.
Perkara ini ditentang kuat oleh ahli falsafah mereka kerana situasi
atau kadaan ini dianggap sebagai tidak wajar dan suatu penindasan terhadap
golongan bawahan. Secara umumnya golongan Sufastaiyah digambarkan memberi
pengaruh yang besar terhadap pendidikan terutamanya dalam pendidikan bidang
perubatan. Hal ini telah digambarkan oleh Seamus Mac Suibhne bahawa Sufastaiyah ini menawarkan bidang yang
agak epistemik , berbeza dengan apa yang telah di sediakan oleh Aristotle.
Menurut ulama besar, Susan Jarrat , buku yang yang mendapat sambutan yang baik
ialah ‘Retorik Klasik Refiured’. Buku ini merupaka hasil yang ditulis oleh
golongan yang beraliran Sufastaiyah.
2.3 Fasa Kedua
2.3.1 Sufastaiyyah Dan Politik
Pada akhir abad
ke-1 SM, gelombang gerakkan Sufastaiyyah fasa kedua mulai muncul. Pada fasa
ini, gerakkan Sufastaiyyah tidak lagi seperti gerakkan pada abad ke-5 SM. Pada
masa ini muncul pula perhubungan dan kaitan antara golongan Sufastaiyyah
dengan politik[17]
.(Wikipedia). Mana-mana fasa di dalam sejarah perkembangan sesuatu tamadun,
politik memainkan peranan yang sangat penting. Segala hasil daripada politik
semasa akan menyebabkan berlakunya sesuatu yang bakal meninggalkan kesan yang mendalam.
Politik bukan hanya kepentingan ahli kementerian dan sebagainya tetapi politik
digunakan sebagai medan untuk rakyat memperoleh apa yang dihajati.
Masalah-masalah praktikal, keperluan asas dan harian yang dihadapi oleh
masyarakat Greek-Rom menyebabkan politik pasa fasa ini mencapai tahap yang
besar dan penting.(Ibid)
2.3.2 Sufastaiyyah Dan Pendidikan Tinggi
Pada fasa kedua
ini, selain memberi kesan kepada politik di Athens, Sufastaiyyah atau Sofis
juga member kesan kepada sistem pendidikan tinggi terutama dalam sastera. Dalam
tempoh kira-kira 50-100 AD (selepas masihi) adalah masa dimana unsur-unsur
berpidato, metod dan fungsi diperkenalkan semula oleh Empayar Rom[18] .
(Wikipedia). Antara kita tahu ataupun tidak, pada masa ini, wilayah Asia[19]
merupakan antara pengamal fahaman ini yang paling utama. (Ibid). Pendidikan
pada fasa kedua ini lebih kepada topik-topik yang lebih santai berbanding pada
fasa pertama. Seperti yang sedia maklum, pada fasa pertama, pendidikan lebih
diutamakan sehingga para petani juga tidak ketinggalan untuk mempelajarinya
(sebelum berlakunya perlaksanaan yuran) dan pendidikan yang paling terkenal
adalah seni retorik yang berunsur pujukan dan perbahasan atau debat. Namun pada
fasa yang kedua ini, mereka menekankan topik seperti puisi dan pengucapan awam.
Mereka tidak dibenarkan untuk mengajar ilmu perbahasan atau apa-apa sahaja yang
berkaitan dengan politik kerana retorik ini telah dihalang atau disekat
berikutan dengan peraturan kerajaan empirikal ini.(Ibid)
Menurut Jarrett,
para ahli sofis meradikalkan[20]
pendidikan dengan cara mempopularkan pengembaraan intelektual, menilai
pentingnya retorika secara berlebihan, dan memperluas pendidikan formal kepada
para remaja. Mereka akan menggunakan logika, retorik, bahasa, dan sejarah untuk
mempengaruhi dan memenangkan perdebatan yang mengarah pada kehidupan sekular[21].
(Wan Mohd Nor Mohd Daud:2013). Plato dan Aristotal merupaka musuh kepada aliran
Sufastaiyyah ini. Disebabkan oleh pengaruh mereka yang besar, fahaman mengenai
falsafah mula berubah. Falsafal dianggap sebagai perbezaan cara berfikir dan
juga dianggap sebagai sebuah disiplin praktikal yang digambarkan sebagai
lakonan(bermuka-muka) dan retorik.
2.4
Kesimpulan
Sufastaiyyah berkembang dalam dua fasa. Pada awalnya, golongan
Sofis ini menekankan pengatahuan dengan memberikan pendidikan percuma kepada
rakyat. Penekanan yang jitu pada aspek pengetahuan telah melahirkan masyarakat
yang bijak dan berilmu. Kesan yang diperoleh bukan sahaja dapat dilihat dari
aspek pendidikan tetapi ia juga mampu dilihat di dalam aspek politik dan
demokrasi. Kepetahan hujah mereka menyebabkan lahirnya masyarakat yang berani
dan berkeyakinan.
3.KONSEP ALIRAN PEMIKIRAN GOLONGAN SUFASTAIYYAH
Para ahli Sofis
Yunani menolak ilmu-ilmu dan kepercayaan yang dipegang oleh orang biasa. Mereka
selalu menolak setiap ilmu dan kepercayaan serta keyakinan yang dikemukakan
dari sesuatu yang paling mudah sehingga ke sesuatu tahap yang paling tinggi dan
sukar seperti reality kehidupan, jiwa dan keimanan.
3.1 Pemikiran Xenophanes
Salah seorang ahli Sofis generasi pertama kemunculan aliran
Sufastaiyyah ialah Xenophanes[22] .
Beliau merupakan penentang kepada amalan keagamaan yang diamalkan oleh
masyarakat Yunani. Beliau telah mengatakan bahawa tiada sesiapa pun dikalangan
masyarakat yang berpegang pada amalan keagamaan mengetahuan akan hakikat
kebenaran yang pasti mengenai Tuhan, roh mahupun dewa. Kata-kata yang
dilemparkan oleh Xenophanes ini seolah-olah amalan keagamaan ini merupakan
suatu amalan dan kepercayaan yang sia-sia kerana kebenaran tentang kewujudan
Tuhan tidak dapat dibuktikan. Mereka mempersoalkan tentang maujud Tuhan yang
tidak dapat dilihat dari segi jasad, zat dan lain-lain.
3.2 Pemikiran Heraclitus
Heraclitus[23] biasanya dikenali sebagai guru kepada para
ahli Sofis. Pandangan Heraclitus ini merupakan falsafah alam bagi ahli-ahli
falsafah di Miletos[24] tetapi hakikatnya, pandangannya lebih jauh
melebihi ahli falsafah sezamannya. Beliau seorang ahli falsafah yang sangat
kristis dan tidak menghargai pemikiran Pythagoras[25] dan Xenophanes.(Harun Hadiwijono,1980).
Pandangan falsafahnya adalah falsafah
tentang “menjadi” atau “kejadian”.(ibid,1980). Tiada suatu pun yang benar-benar
berada kerana semua yang berlaku adalah
“menjadi” ataupun berlaku. Tiada yang sedia ada seperti kewujudan Tuhan.
Menurutnya lagi, segala sesuatu yang berlaku adalah bergerak secara berterusan,
atau bergerak secara abadi tanpa berhenti, dan tiada sesuatu yang tetap.
Perubahan berlaku tanpa henti. Beliau mengaitkan kehidupan dengan arus sungi
yang tidak pernah berhenti mengalir walaupun berjuta batu menghalangnya.(ibid,1980).
Air sungai yang terus-menerus mengalir akan menyebabkan perubahan pada struktur
geografi[26]
tempat tersebut. Kenyataan inilah yang yang cuba dikaitkan dalam kenyataannya
bahawa tiada suatu pun di dalam dunia ini yang kekal. Tidak mustahil ia
dikaitakan dengan kenyataan bahawa Tuhan juga sentiasa berubah-ubah dan tidak
kekal. Selain itu, Heraclitus menghubungkan ilmu pengetahuan dengan pengalaman
yang sangat sederhana iaitu air laut. Umum mengetahui bahawa air laut merupakan
sumber keperluan bagi ikan dan hidupan air masin tetapi ia merupakan sumber
berncana kepada manusia jika ia diminum.(Wan Mohd Nor Wan Daud,2013)
3.3 Pemikiran Protagoras
Aliran pemikiran Protagoras
lebih meletakkan manusia sebagai ukuran bagi setiap sesuatu samada
perkara itu wujud mahupun tidak wujud. Menurut Protagoras, manusialah penentu
bagi setiap hal yang berlaku.(Harun Hadiwijono,1980). Manusia yang meletakkan
sesuatu kejadian atau perkara itu benar atau palsu mengikut pandangan akal
mereka berdasarkan hujah-hujah mereka. Hujah manusia adalah hujah yang kukuh
menurutnya dan kita tidak boleh memaksa seseorang itu untuk sama-sama menyokong
pendapat dan pandangan kita kerana menurutnya, pandangan setiap individu adalah
berbeza.(ibid,198). Baik dan cantik pada pandangan kita tidak menjamin individu
lain turut bersependapat dengan kita. Beliau mengkaitkan hubungan pemikiran ini
dengan angin. Bagi orang yang sihat, angin merupakan sesuatu yang menyegarkan
tetapi bagi orang yang sakit, angin dirasa tersangat dingin, menggigilkan dan
tidak member keselesaan. Benar atau tidak pandangan mereka adalah bergantung
bagi orang yang merasanya.(ibid,1980).
Protagoras mengatakan bahawa negara didirikan oleh manusia, bukan kerana
hukum alam. Semua para manusia hidup secara sendiri, oleh sebab itu kehidupan
mereka sentiasa diburu masalah dan kesukaran. Protagoras meragui adanya dewa
dan Tuhan di dunia. Menurut Plato, Protagoras telah mengeluarkan salah satu
pernyataan yang berpengaruh dalam falsafah relatinisme : Tentang Tuhan dan para
dewa, saya tidak tahu apakah mereka itu ada atau tidak dan bagaimana bentuk
mereka kerana terdapat terlalu banyak faktor yang menghalang ilmu
pengetahuan tentang perkara ini, seperti
ketidakjelasan permasalahan dan singkatnya hidup manusia.(Wan Mohd Nor Wan
Daud,2013).
3.4 Gorgias
Menurut pandangan Gorgias, perkara yang paling penting adalah
meyakinkan orang lain sehingga menerima pendapat kita.(Harun Hadiwijono:1980).
Bagi memastikan perkara ini berjaya, beliau menggunakan seni meyakinkan iaitu
berusaha untuk meyakinkan orang lain mengenai hujah yang disampaikan. Perkara
yang menjadi tunjang kepada perbahasan yang dilontarkan bukanlah kebenaran
tetapi kemenangan dalam perdebatan.(Ibid:1980). Benar atau tidak, bersesuaian
atau bercanggah bukan menjadi perkara yang penting di dalam ilmu perbahasannya
tetapi bagaimana cara pengdebat itu mampu mengubah pandangan orang ramai supaya
menerima hujuh dan isi yang dibawa di dalam isu yang dibincangkan.
3.5 Kesimpulan
Menurut cara atau metod ahli falsafah Sofis yang telah
dihuraikan, dapatlah disimpulkan bahawa aliran Sofis ini merupakan sebuah
aliran yang tidak mempunyai asas pegangan yang jitu. Dalam konsep keiman, iaitu
kepercayaan kepada adanya pencipta telah disangkal dengan pantas. Mereka
menolak sifat maujud dan menolak kepercayaan kepada Tuhan dan dewa. Selain
daripada itu, golongan Sofis turut menyangkal hakikat sesuatu yang bersifat
kekal. Menurut mereka, tiada perkara yang bersifat kekal. Jisim, geografi dan
bentuk sesuatu perkara akan berubah apabila tima saatnya.
Ahli Sofis mereka
yang terkenal, Protagoras mendakwa bahawa setiap yang berlaku asalnya dari
manusia itu sendiri. Manusia penentu segala perkara yang berlaku kerana
menurutnya manusia mampu untuk berfikir dan membuat keputusan untuk semua hal.
Mereka turut menetapkan bahawa kesahihan sesuatu perkara bukan perkara yang
utama. Mereka menekankan seni keyakinan untuk menarik perhatian orang ramai
agar mengikuti pandangan dan pendapat yang mereka lontarkan.
4. PANDANGAN ULAMA DAN SARJANA TERHADAP ISU SUFASTAIYYAH
4.1 Pandangan Sarjana Barat Terhadap Isu Sufastaiyyah
Sufastaiyyah
seperti yang telah diperkatakan di peringkat adalah satu aliran yang wujud pada
zaman Yunani Kuno di Athens. Walaupun aliran ini bermula di sana, tidak semua
ahli sarjana dan falsafah mereka menerima pandangan aliran ini. Penolakkan dan
penentangan jelas kelihatan pada ketika ahli Sofis mengenakan sejumlah bayaran
sebagai yuran kepada setiap ilmu yang disumbangkan.
4.1.1 Sokrates
Sokrates juga seperti golongan Sofis dalam menyampaikan dan
menyebarkan ilmu pengetahuan kepada rakyat di Athens. Mereka juga sama di dalam
memberi perhatian kepada kehidupan manusia.(Harun Hadiwijono:1980). Perbezaan
antara Soktrates dan Sofis adalah, Sokrates tidak mengenakan sebarang bayaran
atau yuran untuk setiap pengajarannya.(Ibid:1980). Selain daripada itu,
Sokrates tidak mengajar dengan niat supaya menjadi idola atau ikutan, tetapi
pengajarannya adalah untuk mendorong
rakyat supaya mengetahui dan menyedari sesuatu.(Ibid:1980). Bukan hanya
mengikuti dengan cara membabi buta serta muda diperbodohkan dengan seni
pujukkan dan juga seni keyakinan seperti yang dilakukan oleh Gorgias. Sokrates
juga menentang relativisme kaum Sofis kerana beliau meyakini bahawa wujudnya
kebenaran yang objektif[27].
4.1.2 Plato
Plato tidak menyangkal pendapat Heraclitus bahawa tiada perkara
yang berada di alam ini yang kekal.(Harun Hadiwijono:1980). Semuanya akan
berubah-ubah dan binasa bila tiba masanya. Akan tetapi Plato tetap meyakini
bahawa disamping perkara yang beraneka atau berubah tersebut, pasti ada yang
tetap dan tidak berubah. (Ibid:1980). Hakikat ini mungkin susah untuk dicapai
oleh orang yang tiada pegangan didalam hidupnya tetapi itulah hakikatnya.
Disebaliknya semua perkara yang berubah itu, pasti ada sesuatu yang kekal
keadaannya.
4.1.3 Aristotle
Pola pemikiran Aristoteles ini merupakan perubahan yang radikal.
Menurut Aristoteles realitI tertinggi adalah melihat dengan indera kita.
Aristoteles tidak menyangkal bahwa bahwa manusia memiliki akal yang sifatnya
bawaan, suka mengikuti orang lain, dan bukan sekadar akal yang masuk menerima
segala yang diperolehi dari pendengaran dan penglihatannya. Aristoteles
menegaskan bahwa ada dua cara untuk mendapatkan kesimpulan demi memperoleh pengetahuan
dan kebenaran baru, iaitu metod rasional-deduktif dan metod empiris-induktif.
Dalam metod rasional-deduktif dari premis dua pernyataan yang benar, dibuat
konklusi yang berupa pernyataan ketiga yang mengandung unsur-unsur dalam kedua
premis itu. Inilah silogisme, yang merupakan fondasi penting dalam logika, iaitu
cabang falsafah yang secara khusus menguji keabsahan cara berfikir. Dalam metod
empiris-induktif pengamatan-pengamatan indera yang sifatnya partikular dipakai
sebagai basis untuk berabstraksi menyusun pernyataan yang berlaku universal.
4.2 Pandangan Ulama Islam Terhadap Isu Sufastaiyyah
Para ahli
Sufastaiyyah tidak pernah menjelaskan kedudukan mereka secara jelas.
Ulama-ulama dan ahli falsafah terpaksa melakukan penyelidikan dan penyelitian
untuk memahami konsep Sufastaiyyah yang sebenar. Satu-satunya kedudukan yang
sesuai untuk mereka adalah peruntuh kepada setiap wacana keilmuan kerana sikap
mereka yang tidak meyakini sesuatu ilmu dan hanya perpegang pada akal logik
mereka. Sikap para ahli Sofis ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana
para ahli falsafah Muslim, contohnya Al-Farabi , menetapkan satu keyakinan yang
khusus pada setiap akhir proses pebelajaran setelah melakukan kajian dan
rujukan.
Penyelewengan
aliran Sufastaiyyah yang paling ketara adalah dalam bidang iman, iaitu
kepercayaan. Meskipun agama Kristian[28],
Katolik[29],
Buddha[30],
dan lain-lain berbeza kepercayaan dan agama dengan agama Islam,
sekurang-kurangnya mereka yang berpegang pada agama ini masih mempercayai
tentang kewujudan Tuhan atau Dewa dan mengakui bahawa adanya pencipta sekalian
alam. Hal ini berbeza bagi golongan yang berpegang pada aliran Sufastaiyyah.
Seorang ahli falsafah Sofis, Giorgias berkata bahawa tiada sesuatu pun yang
maujud[31] ,
jika ada sesuatu yang maujud, ia merupakan sesuatu yang tidak dapat dijangkau.
Jika ianya terjangkau sekalipun, ia tidak dapat disampaikan kepada orang
lain.(Wan Mohd Nor Mohd Daud:2013). Daripada hujah yang dikeluarkan oleh
Giorgios tersebut, ia jelas menyeleweng dalam kehidupan manusia yang tercipta
sebagai hamba kepada pencipta.
Di dalam agama Islam, mempercayai wujudnya Tuhan adalah perkara
yang paling asas dalam kehidupan. Islam telah menetapkan enam perkara yang
menjadi asas kepada rukun iman. Perkara yang paling utama dalam rukun iman
adalah percaya kepada Allah, diikuti dengan percaya kepada malaikat, percaya
kepada nabi dan rasul, percaya kepada kitab, percaya adanya hari kiamat dan
percaya kepada qada dan qadar yang telah ditetapkan. Kepercayaan ini bukan
sekadar percaya adanya Tuhan tetapi meliputi tiada Tuhan yang layak disembah
melainkan Allah, dan Allah itu Maha Berkuasa di dalam setiap perkara. Tiada
perkara yang akan tercipta dengan sendirinya. Akal yang sihat, jiwa yang mantap
akan dapat berfikir bahawa setiap perkara dan benda yang berlaku mesti ada
penciptanya.
4.2.1 Pandangan Yang Menolak
Aliran Sufastaiyyah merupakan suatu pemikiran yang
berasal daripada Tamadun Greek dan suatu cabang daripada bidang ilmu falsafah
dan logik. Hal ini jelas apabila diteliti dalam kecenderungan pemikiran mereka
menekankan soal logik akal serta ia perlu mampu untuk ditafsir akal menerusi
pancaindera zahir. Jika sesuatu perkara itu tidak mampu untuk difahami mengikut
akal maka mereka tidak akan mengakui kewujudan sesuatu perkara. Konsep
ketuhanan antara perkara yang ditolak secara total dalam aliran Sufastaiyyah
ini.(F.E. Peters:1968). Namun pandangan Islam mengenai aliran pemikiran
Sufastaiyyah ini telah berjaya dihurai dengan kemas oleh para ahli falsafah
Islam seperti al-Ghazali di dalam kitab karanganya iaitu Maqasid dan Tahafut
al-Falasifah. Kedudukan logik yang diguna dalam aliran Sufastaiyyah telah
ditolak oleh kebanyakan tokoh fuqaha’[32]
dan ulama hadis secara mutlak
kedatanganya ke dalam masyarakat Islam dan menentang kehadiran aliran pemikiran
ini atas alasan ia suatu ilmu asing yang bertentangan dengan prinsip-prinsip
ajaran Islam. .(Michael E. Marmura:1973:hlm 101.) Tindakan mereka dengan mengeluarkan fatwa
mengharamkan umat Islam terlibat dalam logik dan falsafah serta mengkafirkan
perintis ilmu tersebut jelas ia tidak diterima dalam masyarakat Islam.
Pendokong aliran pemikiran al-Salafiyyah[33]
seperti Ibn Taimiyyah dan muridnya, Ibn al-Qayyim turut terlibat dalam
mengkritik disiplin ilmu falsafah dan logik ini.(Majid Fakhry:1999, hlm
209-210)
4.2.2 Pandangan Yang Menerima
Golongan yang menerima aliran pemikiran falsafah dan
logik ini terdiri daripada tokoh-tokoh falsafah seperti al-Kindi, al-Farabi,
Ibn Sina, Ibn Rusyd, dan tokoh pemikir fuqaha’
dan Mutakallimun[34]
seperti Ibn Hazm, Imam al-Ghazali, al- Taftazani dan ramai lagi menunjukkan
minat terhadap disiplin ilmu ini. Penerimaan mereka terhadap Ilmu Falsafah dan
Logik ini bukanlah penerimaan secara sepenuhnya, tetapi menerima ilmu ini atas
dasar manfaat ilmu tersebut bagi meneguhkan ilmu Islam yang bersumberkan Wahyu
Illahi iaitu al-Quran dan as-Sunnah kerana mereka berpendapat gabung jalin
antara ilmu yang berasaskan pemikiran manusia semata-mata dengan ilmu yang
bersumberkan terus dengan ajaran wahyu menghasilkan hasil pemikiran yang
mempunyai ‘roh Islam’, dan kini dikenali dalam dunia intelektual Islam sebagai
“pemikiran Islam[35]”.(Abd
al-Hamid Muhsin:1968, hlm 7.) Mereka telah banyak membuat syarahan, ulasan,
kritikan, dan cuba untuk mengharmonikan ilmu tersebut agar wujud suatu
kesinambungan yang tepat antara ajaran wahyu dengan asas-asas pemikiran asing
yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam. Ilmu ini akhirnya dikenali
sebagai Mantiq dalam dunia Islam. Al-Ghazali berpendapat ilmu logik
berperanan dalam mengawasi pemikiran manusia agar mereka dapat menghindarkan
diri daripada melakukan kesilapan dalam berfikir. Ia adalah suatu neraca piawai
dalam pemikiran manusia ketika berfikir dan sebagai alat untuk mengukuhkan
kebenaran ilmu Islam.(Al-Ghazali, hlm. 6.) Namun al-Ghazali menyatakan dengan
jelas di dalam Kitab Tahafut yang telah dihasilkan untuk menyangkal dan
menolak asas-asas pemikiran falsafah Greek berkaitan ketuhanan, akidah dan
perkara bidcaah yang bertentangan dengan ajaran Islam.
4.3 Kesimpulan
Kebanyakkan ahli ilmuan
dan falsafah memandang Sufastaiyyah adalah sesuatu yang menyesatkan dan
membebankan. Sokrates dan ilmuan lain juga turut memberikan pendidikan kepada
rakyat tetapi beliau tidak mengenakan bayaran bagi setiap ilmu tersebut. mereka
meyakini konsep ilmu dan memahami bahawa ilmu merupakan oerkara yang penting
untuk semua golongan. Bukan hanya di khususkan untuk golongan bangsawan dan
kaya. Selain itu, mereka juga menolak hujah mengatakan bahawa setiap perkara
akan berubah kerana mereka yakin pasti ada seperkara yang tidak akan binasa.
Dari perspktif Islam, pada
peringkat permulaanya, ilmu logik dan falsafah tidak diterima dalam masyarakat
Islam kerana ianya perkara yang asing dan berasal daripada sumber luar iaitu
Greek. Mereka menolak kerana menyangka ilmu ini bakal membawa kepada
penyelewengan kepada ajaran Islam dan ia adalah pemikiran yang dibawa oleh
orang bukan Islam. Golongan fuqaha dan al-Salafiyyah bertindak eksterm
dengan mengkafirkan pengamal ilmu ini kerana kurangnya pendedahan mengenai
logik dan falsafah.
Tokoh falsafah Islam sudah mula meneliti dan mengkaji
mengenai disiplin ilmu logik dan falsafah ini agar ia dapat diterima masyarakat
Islam. Golongan ini lebih berfikiran terbuka dalam menerima kemasukan ilmu
logik dan falsafah atas dasar meraikan kepelbagaian ilmu yang wujud. Namun
penerimaan mereka hanya pada perkara yang bersifat ilmiah semata bukan pada isu
agama dan konsep akidah serta kepercayaan. Hal ini kerana mereka turut sama
mengkritik pandangan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
5. HUJAH TOKOH FALSAFAH ISLAM TERHADAP
ALIRAN SUFASTAIYYAH
5.1 Hakikat Ketuhanan
Hakikat ketuhanan antara isu yang ditolak secara
mutlak oleh ahli falsafah Islam kerana pendapat golongan ini bertentangan
dengan ajaran Islam. Al-Ghazali merupakan salah seorang tokoh pemikir Islam
terkenal telah menghasilkan dua buah karya yang bertajuk Maqasid
al-Falasifah dan Tahafut al-Falasifah. Kitab Maqasid beliau telah
menghuraikan mengenai pemikiran falsafah Greek secara telus tanpa cenderung
memihak kepada mana-mana pihak. Ia dilakukan bagi mempamerkan pemikiran
falsafah Greek yang sebenar kepada masyarakat Islam melalui penelitian yang
dilakukan al-Ghazali dan seterusnya menjelaskan asas-asas pemikiran falsafah
yang ditafsirkanya sebagai bercanggah dengan ajaran Islam menerusi kitab Tahafut
al-Falasifah. Beliau memberi penjelasan terperinci tentang perkara yang
melibatkan soal kekufuran[36]
dan bidcah. Xenophanes telah menyatakan pendapat beliau mengenai
hakikat ketuhanan bahawa tiada sesiapa yang mengetahui mengenai hakikat tuhan
yang sebenar kerana tidak ada sebarang pembuktian melalui pancaindera seperi
mata bagi melihat zat tuhan.(Harun Hadi Wijono:1980:hlm.19) Ianya disangkal
oleh al-Ghazali dalam Tahafut al-Falasifah bahawa hakikat ketuhanan
memang tidak mampu untuk ditanggapi oleh akal kerana akal itu bersifat
terbatas.(al-Ghazali:hlm.84-85) Ibn Khaldun berpendapat bahawa sememangnya akal
manusia itu begitu tinggi dan nilai perananya dalam kehidupan tetapi ia juga
bersifat tidak mutlak, mampu untuk melakukan kesalahan. Kemampuan akal hanya
berkisar di alam fizik sahaja dan tidak mampu untuk menjangkau alam metafizik[37].
Mendorongkan akal untuk lebih daripada ruang yang telah ditetapkan seperti cuba
menentukan masalah akidah, dan perbuatan ghaib adalah perbuatan tamak dan
menggunakan sesuatu bukan pada tempatnya.(Ibn Khaldun:hlm.460)
5.2 Sifat Qadim
Heraklitus mengeluarkan pendapat beliau mengenai
alam ini yang bersifat qadim[38]
iaitu setiap kejadian yang berlaku adalah sudah sedia ada sejak azali
lagi.(Harun Hadi Wijono:ibid:hlm.21) Beliau berfikiran bahawa alam ini tiada pencipta
dan semuanya adalah suatu kebetulan sahaja.Pemikiran beliau atas dasar semua
yang wujud di atas muka bumi ini berubah dan tiada yang kekal. Oleh itu alam
yang juga bersifat qadim ini berlaku atas dasar permulaanya ia melalui proses
perubahan tanpa henti sehingga ia menjadi alam seperti yang dapat dilihat pada
hari ini.Menjadikan sungai sebagai tamsilan dimana sungai sentiasa bergerak dan
berterusan mengalir dan berubah-ubah pola pergerakannya sehinggakan disebabkan
sungai yang sentiasa mengalir mampu menukar bentuk batu bata yang berada di
situ. Begitu juga alam ini berlaku bukan kerana ada pencipta tetapi kerana
proses evolusi sejak azali lagi.(ibid:hlm.21) Namun ia ditentang oleh
al-Ghazali. Al- Ghazali telah mengkufurkan ahli falsafah sendiri yang
menundukkan persoalan luar tabici yang di luar kemampuan akal
manusia untuk memikirkanya kemudian berusaha mencipta suatu pemikiran bebas
berpandukan logik akal sahaja tanpa wahyu Illahi.(Abd al-Halim Mahmud:hlm.86)
Menurut al-Ghazali tiada manusia yang tidak mempunyai rasa bertuhan atau rasa
beragama kerana fitrahnya manusia adalah beragama. Jika dilihat pada orang yang
terkemuka seperti ahli falsafah Greek sendiri menganut dua asas kepercayaan
keagamaan, iaitu kepercayaan tentang kewujudan (exsitensi) Tuhan atau suatu
benda yang berkuasa dan realiti Hari kiamat.[39]
5.3 Kuasa Mutlak
Manusia
Protagoras melahirkan suatu pandangan mengenai hak
manusia dalam menentukan masa depan dan kehidupanya dimana manusia adalah
penentu mutlak[40]
dalam kehidupanya dan tiada unsur luar boleh mempengaruhi tindakan seseorang
manusia.(Harun Hadi Wijono:hlm.33) Kebaikan dan kejahatan sesuatu perkara
dinilai dan ditentukan oleh manusia itu sendiri berdasarkan pemahaman dan
pendirian mana yang mereka ambil. Jika perlakuan seks bebas itu bagi mereka
suatu kebaikan kerana ianya bagi memenuhi fitrah tabici manusia maka
ia dianggap perbuatan yang baik dan bukan suatu kesalahan jika mereka
mengamalkanya. Ianya adalah hak mutlak seseorang manusia dalam menentukan
langkah seterusnya dalam kehidupan. Hal ini ditolak oleh para ahli
al-Salafiyyah yang bepegang teguh bahawa di dalam Islam setiap mukallaf
dipertanggunjawabkan keatasnya perbuatan yang telah diturunkan oleh Allah
sebagai syariaat Islam. Syariaat Islam[41] mengandungi
pelbagai perbuatan mukallaf merangkumi aspek akidah, akhlak, sosial, ibadah,
munakahat, jenayah dan pelbagai lagi. Keseluruhan syariaat ini adalah suatu
panduan kepada manusia dalam menentukan kebenaran dan kebatilan[42]
secara hakiki.(Abdul Karim Zaidan:1969:hlm:34-36)
5.4 Konsep ilmu
Aliran dalam Sufastaiyyah menggunakan ilmu sebagai
suatu aset berharga bagi seseorang individu dan menggunakannya untuk
kepentingan peribadi dan bersifat meraih keuntungan. (Harun Hadi Wijono:34)
Mereka sudah mula mengenakan upah apabila mahu mengajarkan sesuatu ilmu
pengetahuan dan mengatakan ilmu hanyalah suatu alat kepada kemewahan hidup.
Walaupun mereka terdiri dari kalangan cerdik pandai namun tidak mampu mencapai
hakikat kebenaran mengenai pengertian dan tujuan menuntut ilmu. Protagoras
antara yang mengatakan tiada hakikat kebenaran daam ilmu. Islam menyangkal pandangan ini apabila
al-Ghazali mengeluarkan pendapat mengenai epistemologi[43]
ilmu.Ilmu pada mulanya datang daripada wahyu Illahi[44]
dan kemudian berkembang dalam pelbagai cabang ilmu yang dipisahkan sendiri oleh
manusia bagi memudahkan mereka melakukan sebarang kajian. Tujuan menuntut ilmu
adalah bagi mengenal dan mengetahui tentang pencipta alam ini serta berupaya
untuk mencapai tujuan menuntut ilmu yang sebenar.(Mohamed Yusoff Hussain:75)
Tujuan menuntut ilmu dalam Islam bagi mengetahui dan memahami sesuatu perkara
dengan kefahaman yang muktamad dan dapat membezakan yang hak dengan yang batil.
5.5 Kesimpulan
Sebagai umat Islam, kita didedahkan dengan kwujudan
Tuhan sejak kita kecil bahkan kita didengarkan dengan kalimah suci wujudnya
Tuhan selepas kita dilahirkan ke bumi ini. Jelas kita sebenarnya mampu untuk
mengetahui hakikat ketuhanan yang sebenar namun sumbernya bukan daripada akal
semata-mata tetapi daripada Wahyu Illahi iaitu al-Quran dan as-Sunnah kerana
sifat akal yang terbatas menaakul alam ghaib.
Selain daripada itu, fitrah beragama dan bertuhan itu sudah ada dalam
diri setiap manusia. Sesuatu yang berubah itu pasti ada yang megubahnya.
Pengubahnya itu adalah pencipta kepada alam ini kerana hanya penciptanya yang
mampu untuk mengubah perkara yang Dia sendiri ciptakan. Alam ini baharu kerana
sebelum ini ia tiada kewujudanya dan Allah adalah tuhan yang menciptakan alam
ini.
Benar
dan tidak disangkalkan bahawa manusi itu di berikan akal untuk berfikir namun sesuatu
kebaikan dan kebenaran itu bukan dinilai mengikut akal manusia semata-mata
kerana pemikiran akal boleh membawa kepada penyelewengan dan tersilap dalam
membuat keputusan. Kesalahan berfikir mungkin disebabkan dorongan nafsu dan
unsur luar yang mempengaruhi. Allah telah memberi panduan kepada manusia dengan
penurunan syariaat Islam melalui sumber wahyu Ilahi. Konsep ilmu dalam
pemikiran aliran Sufastaiyyah ini menekankan kebijaksanaan dalam beretorik dan
pandai berdebat serta pandai bermain kata bagi mematahkan hujah lawan. Siapa
yang lebih lantang dalam mengeluarkan sesuatu perkara maka pemikiranya akan dipandang dan diangkat
sebagai asas ilmu tanpa mengetahui kesahihan dan kebenaran yang mutlak manakala
Islam menjunjung ilmu daripada Wahyu Illahi yang digunakan untuk mengenal Allah
dan tujuan manusia hidup diatas muka bumi ini.
6. IMPLIKASI DAN PENGARUH ALIRAN
SUFASTAIYYAH DALAM MASYARAKAT KINI
6.1 Kesan Terhadap Agama
Aliran Sufastaiyyah yang menolak kewujudan tuhan
dalam kehidupan bakal mendorong masyarakat untuk meninggalkan amalan-amalan
agama dan beranggapan amalan agama hanya suatu upacara ritual sahaja yang
menjadi adat kebiasaan sesebuah masyarakat. Apabila hilang kepercayaan terhadap
tuhan iaitu Allah sebagai Pencipta maka masyarakat akan menjalani kehidupan
tanpa arah tuju yang betul tanpa wujud rasa gerun dan takut terhadap perkara
yang dilarang Allah. Hal ini akan membawa kerosakan kepada masyarakat itu
sendiri kerana pegangan akidah kepada Allah sahaja yang mampu mencetuskan rasa
selamat, aman, dan bahagia kerana kemaslahatan yang wujud dalam masyarakat
terbabit.
6.2 Kesan Terhadap Ilmu
Aliran Sufastaiyyah yang menjadikan ilmu sebagai
alat dalam mengaut keuntungan bakal meruntuhkan matlamat sistem pendidikan
Negara yang mahu melahirkan modal insan yang cemerlang dari sudut akademik dan
memiliki sahsiah diri yang tinggi. Para pelajar berlumba-lumba menuntut ilmu
pada tahap yang tertinggi bagi membolehkan mereka mendapat gaji dan jawatan
yang tinggi sahaja. Ilmu yang diperoleh bakal menjadi barang dagangan dan hanya
mampu diperoleh golongan yang berkemampuan kerana faktor bayaran tinggi yang
dikenakan golongan intelektual ini. Maka akal lahir suatu generasi yang
berintelektual tetapi hilang integriti dalam diri. Kesannya, akan wujud
masyarakat yang berstatus rendah dan tinggi serta menjarakkan hubungan antara
satu sama lain.
6.3 Kesan Terhadap Moral
Perbuatan baik dan jahat bersandarkan kepada hak
manusia itu sendiri bakal memberi kesan negatif dalam masyarakat. Hal ini jelas
apabila masyarakat akan mengalami keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang
semakin meningkat dalam kalangan anggota masyarakat. Etika, moral dan jati diri
seseorang akan goyah jika pemikiran Sufastaiyyah ini menjadi sandaran. Berbeza
dengan syariaat Allah yang diturunkan bagi membentuk keperibadian mulia
cerminan al-Quran kepada manusia itu sendiri serta menekankan kemaslahatan
manusia.
6.4 Kesan Terhadap Masyarakat
Masyarakat akan mula memisahkan agama dalam
kehidupan seperti Sekularisme dan berfikiran logik terhadap persoalan agama
atas alasan mencari bukti agar bertambah . keyakinan namun sebaliknya yang akan
berlaku. Ia akan membawa kepada kesesatan. Masyarakat yang cenderung kepada
aliran Sufastaiyyah akan cuba mempamerkan kehidupan mereka sempurna, moden dan
sofistikated. Hal ini akan menyebabkan berlakunya huru-hara dalam masyarakat
dan manusia hidup dalam kegelisahan.
6.6 Kesimpulan
Implikasi yang negatif bakal terjadi jika aliran pemikiran
Sufastaiyyah meresap masuk ke dalam minda mereka. Pengaruh luar di Barat
menjadikan gaya hidup Sofistikated antara cara hidup yang terbaik bagi
mempengaruhi pemikiran masyarakat Islam menyebabkan kehidupan manusia semakin
leka dan lalai. Ianya jelas
bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar dimana ajaran Islam mefokuskan
kehidupan beragama sebagai tunggak utama dalam menjalani kehidupan.
KESIMPULAN
Aliran Sufastiyyah yang mennjadikan subjektivisme
dan relatifsme sebagai ideologi utama telah menyebabkan manusia dijadikan
sebagai subjek utama dalam mengelola kehidupan ini. Manusia adalah penentu
mutlak dalam menjalani sesuatu perkara dan mengenepikan tuhan dalam kehidupan
mereka. Pemikiran Sufastaiyyah telah membawa kepada krisis kemanusiaan yang
parah. Di saat berlakunya perkembangan sains dan teknologi yang pesat
membangun, nilai kemanusiaan semakin merosot. Nilai moral dan agama dianggap
perkara abstrak yang dinilai hanya menurut pandangan setiap individu. Perkara
yang mampu ditafsir akal logik sahaja yang diterima pakai manakala perkara yang
berbentuk maknawi hanya dianggap adat dan upacara ritual semata tanpa ada nilai
dalam kehidupan mereka. Kecenderungan pemikiran Sufastaiyyah dalam masyarakat
sudah jelas diperlihatkan apabila berlakunya peningkatan golongan intelektual
dan lahirnya banyak para graduan universiti namun semakin bertambah jumlah
masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Ini jelas apabila
manusia lupa bahawa posisi dan peranan manusia sebagai hamba dan khalifah yang
telah dipertanggunjawabkan memikul amanah mengelolakan alam ini dan Allah
sebagai penguasa unggul yang memiliki
kedudukan tertinggi dalam alam ini.
RUJUKKAN.
1.
Dewan
Bahasa dan Pustaka,
2.
Kamus
Bahasa Inggeris Oxford Fajar, Edisi ke-5, Oxford Fajar Sdn. Bhd 2011
3.
Wan
Mohd Nor Wan Daud, 13 September 2013
4.
Harun
Hadiwijono, Yayasan Kanisius; JI. P. Senopati 24-Yogyakarta, 1980
5.
Blackwell,
Christopher. Demos: Classical Athenian Democracy. 28 February 2003
6.
Mohd
Fauzi Hamat, Ketokohan al-Ghazali dalam Bidang Logik, Universiti Malaya, 2005
7.
Mohammed
Yusoff Hussain, Abdul Shukor Hj. Hussin, Idris Zakaria dan Anisah Haji Zainal
Abidin, Isu-isu dalam Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia,
1993
8.
F.E.
Petters, Aristotle and The Arabs: The Aristotelian Tradition in Islam, New York
University Press, 1968
9.
Hartono
Ahmad Jaiz, Aliran dan Paham Sesat di Indonesia, Pustaka al-Khauthar, 2002
10.
Syadali,
Ahmad dan Mudzakir, Filsafat Umum, Bandung; Pustaka Setia,1999.
11.
David
Bradshaw, 1998
12.
Sprague, Rosamond Kent, The
Older Sophists, Hackett Publishing Company
13.
Jarratt,
Susan C. Rereading the Sophists: Classical Rhetoric Refigured. Carbon dale and
Edwards ville: Southern Illinois University Press, 1991
14.
en.wikipedia.org/wiki/sophist
15.
en.wikipedia.org/wiki/Athens
16.
en.wikipedia.org/wiki/Aristotle
17.
en.wikipedis.org/wiki/hippias
18.
plato.stanford.edu/enties/sophist
19.
http://prpm.dbp.gov.my/
[3] Socrates dilahirkan pada tahun 469-399 SM. Beliau
dijatuhi hukuman mati dengan harus meminum racun pada tahun 399 SM
[4] Plato adalah
ahli falsafah Yunani pertama yang diketahui. Beliau lahir pada 427-347 SM
[5] Aristotle ialah
seorang ahli falsafah Yunani dilahirkan di Stagirus dalam 384 SM dan menyertai
Akademi Plato di Athens pada usia 18 tahun
[6] [6] Pratogoras dilahirkan pada 480-411 SM. Beliau banyak
member pelajaran di Athens. Falsafahnya lebih menjurus kepada setiap yang
berlaku adalah kehendak manusia. Manusia yang mengatur segalanya.
[8] Prodicus
seorang ahli falsafah Yunani, dan sebahagian daripada generasi pertama Sofis.
Dia datang ke Athens sebagai duta dari CEO, dan dikenali sebagai penceramah dan
guru.
[10]
1.sifat
perikemanusiaan; 2. Faham(pendirian
[11] Relativisme
menurut DBP ialah faham bahawa kebenaran nilai moral dsb tidak semestinya
mutlak tetapi mungkin berbeza antara individu atau kebudayaan.
[13] [13] Menurut kamus, demokrasi adalah sebuah Negara yang
menjalankan proses pemilihan pemimpin melalui pilihan raya dimana rakyat
diberikan kebebasan untuk memilih kepimpinan.
[16] Demokratik
menurut kamus dewan edisi ke-4 ialah 1.dicirikan dengan terbit daripada,
berkaitan dengan prinsip-prinsip demokrasi; 2. Menjunjung atau menyokong
demokrasi atau kepentingan rakyat biasa; mendemokratikkan menjadikan
demokratik.
[18] Empayar Rom
ialah merupakan fasa tamadun Rom
kuno yang disifatkan oleh sebuah kerajaan yang autokratik
[19] Asia merupakan
benua terbesar dan berpopulasi terpadat di dunia dengan wilayah yang mencakup
8,6% permukaan Bumi yang meliputi 50 negara yang tersebar dari daratan luas
Asia Kecil, Timur Tengah, hingga Samudera Pasifik.
[20] radikal 1.
secara menyeluruh (tidak sedikit-sedikit atau terbatas), secara yg menjejaskan
(mengubah dsb) aspek atau sifat asas sesuatu; 2. memperjuangkan (menyokong
atau cenderung kpd) perubahan-perubahan dasar pd bidang atau keadaan politik
(ketatanegaraan, ekonomi, sosial, dll).
[21] Sekular adalah pandangan yang mementingkan keduniaan.
Mereka yang berpegang pada sekular lazimnya memisahkan hal du dia dengan hal
akhirat.
[24] Miletos adalah
kota Yunani kuno di pesisir barat Anatolia (di tempat yang kini menjadi Provinsi
Aydin, Turki), di dekat Sungai Meandros di Karia kuno.
[25] Pythagoras dianggarkan lahir pada 580-500 SM.
Dilahirkan di Samos (daerah Iono) tetapi kemudian berhijrah ke Kroton (Itali
Selatan).
[27] Objektif ialah 1. sesuatu yg khusus yg ingin dicapai,
matlamat, tujuan; 2. berasaskan kenyataan atau fakta sebenar; 3. tidak dikuasai
atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri
[28] Kristian
merupakan agama yang penganut-penganutnya mempercayai bahawa Nabi Isa adalah
anak Tuhan; Nasrani.
[31] Maujud berasal daripada perkataan wujud yang bermaksud
ada. Maujud merupakan isim fail yang menunjuk kepada pencipta.
[32] Istilah fuqaha’
ialah golongan orang yang faqih
dalam bidang ilmu fiqh.
[33] Al- Salafiyyah
ialah golongan yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah
[34] Golongan
Mutakallimun ialah golongan ahli tauhid
[35] Istilah ini
didefinisikan sebagai semua hasil pemikiran umat Islam mencakupi pengetahuan
berhubung dengan Allah, alam dan
manusia, iaitu dalam bentuk ijtihad akal manusia dalam mentafsirkan pengetahuan
umum menurut prinsip akidah, syariaah, dan akhlak Islam.
[36] Kekufuran yang
dimaksudkan dalam konteks tersebut mengenai alam yang qadim, ilmu Allah tidak
meliputi perkara juz’I dan dakwaan mereka yang mengatakan manusia jika
dibangkitkan hanya dengan roh tidak bersekali dengan jasad.
[37] Alam metafizik
suatu alam yang tidak mampu dilihat dengan pancaindera manusia seperti getaran
magnetik, aura, dll
[38] Qadim itu
sifat sedia ada, kebiasaanya ia merujuk kepada sifat Allah.
[39] Hari kiamat
adalah hari kemusnahan alam dan bakal dilakukan kebangkitan semua manusia
menerima pembalasan masing-masing
[40] Mutlak ialah
istilah bagi menunjukkan sesuatu yang telah ditetapkan dan sukar untuk diubah.
[41] Syariaat Islam
ialah hokum hakam yang diturunkan oleh Allah kepada hambanya untuk tujuan
pengabdian diri dan ibadah kepada Allah.
[42]Kebatilan pula
adalah perkara yang dusta berlaka atau suatu penipuan.
[43] Epistemologi
adalah teori pengetahuan yang berkaitan dengan hakikat ilmu, asal ilmu,karakter
ilmu serta jens ilmu pengetahuan.
[44] Wahyu Illahi
adalah sesuatu yang datangnya daripada Allah diturunkan untuk para nabi dan
rasul
No comments:
Post a Comment