Sungguh... aku x tahu apa yang aku harus katakan.. sejak seminggu yang lalu, Dr. Abdull Rahman Mahmood telah memberitahu kami pelajar aqidah supaya mengikuti program yang akan diadakan pada 6/10 (hari ini). wajib dan kehadiran akan diambil. aku mula mengeluh. program di hujung minggu?? dengan assignment yang menggunung di atas meja, kerja banyka lagi yang x siap.. aku mula rasa malas. malas yang teramat sangat.
Pada hari khamis yang lalu (3/10), aku dimaklumkan bahawa program itu bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang. aku terfikir, apa yang hendak diperkatakan selama beberapa jam itu. ya.. memang diakui bahawa bab yang akan kmi dengar adalah sesuatu yang penting. SYIAH... Tapi apa yang nak dikatakan selama tu?? sungguh x dapat aku nafikan, kehadiran aku ke program itu hanya kerana kedatangan akan diambil dan sesiapa yang tidak hadir akan di panggil di dalam kuliah minggu depan. jika tidak mungkin aku hanya akan terperap di bilik sahaja.
Tapi takdir ALLAH x siapa mengetahuinya. Sesungguhnya ALLAH yang memegang hati manusia. walaupun pada mulanya aku menghadiri program tersebut dengan sebab terpaksa, tetapi Dia telah membuatkan aku jatuh cinta dengan program tersebut. dengan sekelip mata Allah mengubah hati aku,. SUBHANALLAH, MAHA SUCI ALLAH.. aku bersyukur sangat.
Dengan kehadiran as-Syeikh Yusoff, mantan mufti Kanada telah membuatkan aku rasa enjoy di dalam majlis ilmu tersebut (walaupun syeikh ckap arab dan ada p'terjemah ). Alhamdulillah, penerangannya membuatkan aku sedar, aku perlu berusaha menjaga kesucian Islam. penerangan ustaz kamarul saman, dari JAKIM juga telah menyedarkan aku bahawa gegala ajaran sesat ini sudah mula membarah di Malaysia. pengakuan diri sebagai tuhan, nabi dan sebagainya menyebabkan ramai orang Islam terikut. beliau juga telah menyedarkan kami bahawa kamilah yang akan melindungi agama ini dari dipesongkan. kerana apa? kerana kami adalah pelajar pengajian Islam. pelajar yg dibekalkan dengan ilmu agama supaya mampu membentuk umat Islam yang kuat dan berjaya. supaya dapat mengekang dari bertambahnya jumlah penganut ajaran sesat. ALLAHU AKHBAR. Bukanlah suatu tugas yang mudah. semoga aku di beri kekuatan itu dan semoga iman dan i'tiqadku tidak berubah ke arah kebinasaan. Amin... Ceramah atau penerangan tambahan daripada us. Abdull Rahman sendiri juga telah menambah minat aku untuk terus mengetahui akn syiah agar segala teknik pujukan dan penyebaran dapat kami kesani.
ALLAH jua yang mengetahui segala sesuatu. "boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu" jadi, wahai hati, janganlah dipersoalkan akan terjadinya sesuatu tetapi cubalah mencari apakah hikmah yang tersirat di sebaliknya..
No comments:
Post a Comment