Aku pelajar
aliran agama. 7 tahun aku bersekolah di sekolah agama berasrama. Namun penguasaanku
dalam bahasa Arab masih berada dalam takuk yang lama. Sama. Tiada perubahan. Jika
berubah, mungkin meningkat sedikit dari dahulu.
Sekarang aku
menyambung pelajaranku di salah sebuah universiti yang hebat di Malaysia. Juga dalam
aliran agama yang mana tidak boleh dipisahkan dengan bahasa Arab. Memang memalukan
apabila ada pelajar seperti aku yang seolah-olah kosong dalam bahasa Arab. Termengu
apabila dilontarkan soalan, menanti kawan untuk membantu aku dalam mencari
jawapan.
Pelik kan apabila
pelajar yang sudah 7 tahun dalam aliran agama tetapi penguasaan bahasa Arab
tersangatlah lemah. Macam lembab sangat je kan. Selalu kena dengan kakak, “hang
belajaq Arab ka dak ni? Teghok sangat aih keputusan peksa hang?” Tapi itulah
hakikatnya. Aku bukan sahaja lemah dalam bahasa Arab tetapi turut lemah dalam
bahasa Inggeris. Senang cerita, aku lemah subjek bahasa. Ayat bahasa Melayu pon
tak bombastic langsung.
Aku melangkah
masuk ke universiti dengan result STPM. 5 subjek termasuk b. Arab. 4 subjek
yang dinilai bukanlah b.Arab tetapi ekonomi. Aku langsung tak terkejut dengan
result tapi aku membuat keputusan yang mengejutkan guru ekonomi aku. Aku mengambil
keputusan untuk sambung dalam bidang agama walaupun aku tahu b.Arab akan
membataskan proses pemahaman aku.
Kenapa?
Itu soalan yang
lazim ditanya. Setiap kali ditanya, setiap kali tu lah aku akan senyum. Aku pon
tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku memang belajar di sekolah agama and that is
why I further my study in Islamic Studies. MUNGKIN..
Kita hanya
merancang namun Allah juga yang menentukan. I know He is the best planner. Mungkin
aku tak fasih b.Arab dan b.Inggeris seperti kawan2ku yang lain, tapi mesti ada
bahagian aku yang Allah simpan dalam bidang ini. Pasti ada sesuatu yang Allah
nak aku cari dalam bidang ni. Tak mahir bahasa bukan bermaksud dia tak boleh
belajar agama kan. Tak mahir bahasa
bukan bermakna dia gagal dalam mencari ilmu kan.. yang penting think positive. He
did not burden you with something that you can’t endure. . ^-^