Thursday, November 6, 2014

think posotive

Aku pelajar aliran agama. 7 tahun aku bersekolah di sekolah agama berasrama. Namun penguasaanku dalam bahasa Arab masih berada dalam takuk yang lama. Sama. Tiada perubahan. Jika berubah, mungkin meningkat sedikit dari dahulu.

Sekarang aku menyambung pelajaranku di salah sebuah universiti yang hebat di Malaysia. Juga dalam aliran agama yang mana tidak boleh dipisahkan dengan bahasa Arab. Memang memalukan apabila ada pelajar seperti aku yang seolah-olah kosong dalam bahasa Arab. Termengu apabila dilontarkan soalan, menanti kawan untuk membantu aku dalam mencari jawapan.

Pelik kan apabila pelajar yang sudah 7 tahun dalam aliran agama tetapi penguasaan bahasa Arab tersangatlah lemah. Macam lembab sangat je kan. Selalu kena dengan kakak, “hang belajaq Arab ka dak ni? Teghok sangat aih keputusan peksa hang?” Tapi itulah hakikatnya. Aku bukan sahaja lemah dalam bahasa Arab tetapi turut lemah dalam bahasa Inggeris. Senang cerita, aku lemah subjek bahasa. Ayat bahasa Melayu pon tak bombastic langsung.
Aku melangkah masuk ke universiti dengan result STPM. 5 subjek termasuk b. Arab. 4 subjek yang dinilai bukanlah b.Arab tetapi ekonomi. Aku langsung tak terkejut dengan result tapi aku membuat keputusan yang mengejutkan guru ekonomi aku. Aku mengambil keputusan untuk sambung dalam bidang agama walaupun aku tahu b.Arab akan membataskan proses pemahaman aku.

Kenapa?

Itu soalan yang lazim ditanya. Setiap kali ditanya, setiap kali tu lah aku akan senyum. Aku pon tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku memang belajar di sekolah agama and that is why I further my study in Islamic Studies. MUNGKIN..


Kita hanya merancang namun Allah juga yang menentukan. I know He is the best planner. Mungkin aku tak fasih b.Arab dan b.Inggeris seperti kawan2ku yang lain, tapi mesti ada bahagian aku yang Allah simpan dalam bidang ini. Pasti ada sesuatu yang Allah nak aku cari dalam bidang ni. Tak mahir bahasa bukan bermaksud dia tak boleh belajar agama kan.  Tak mahir bahasa bukan bermakna dia gagal dalam mencari ilmu kan.. yang penting think positive. He did not burden you with something that you can’t endure. . ^-^